Friday, June 27, 2008
Sabah jadi Mangsa...

Mungkin cerita ni sudah agak ketinggalan untuk beberapa hari tapi disebabkan tiada masa yang sesuai untuk saya meluah di sini, lalu saya simpan dahulu apa yang terbuku dalam hati saya untuk sehari dua. Hari itu hari Rabu, saya berada di pejabat saya bersama-sama adik, sepupu dan seorang teman. Kira-kira jam 3.40pm, teman saya menerima panggilan mengatakan stesen-stesen minyak di Sabah dan sarawak akan ditutup bermula petang itu selama tiga hari. Sejurus kemudian, saya juga menerima 5 panggilan dan 7 sms mengatakan perihal yang sama, walau pun dalam pelbagai susunan ayat dan bahasa namun kesimpulannya, kesemuanya dengan satu tujuan iaitu memberitahu perkara yang sama. Saya pada mulanya tidak mengendahkannya tetapi risau juga apabila teringatkan adik-adik di kampung, entah tahu kah mereka. Lalu tanpa berlengah, saya juga menghantar sms dan membuat panggilan kepada mereka, juga kepada rakan-rakan dan suadara mara terdekat. Di KK, Tambunan, Sandakan, Tawau dan keningau.. adik saya yang terdengar berita tersebut apa lagi, terkejar-kejar lah dia menuju ke stesen minyak yang jauhnya lebih kurang 20km dari rumah... tapi hampa apabila mendapat berita, sejak dari tengahari lagi bekalan minyak telah pun habis. Seorang lagi rakan yang berada di Sandakan, terkejar kejar apabila mendapat berita tersebut tetapi alangkah hampa apabila barisan kereta yang ingin mengisi minyak terlalu panjang sedangkan dia kena masuk kerja dalam beberapa puluh minit lagi... lalu baliklah dia dengan harapan minyak keretanya dapat menampung untuk 3 hari.

Mereka-mereka yang bekerja juga terpaksa keluar awal dari pejabat semata-mata mahu berbaris untuk mendapatkan bekalan minyak yang secukupnya untuk bekalan selama 3 hari. Seorang anak juga terpaksa menunggu bapanya berjam-jam di depan pagar sekolah kerana bapanya masih beratur untuk mendapatkan bekalan minyak kereta. Ada ibu yang sepatutnya ke klinik, tapi terpaksa menunggu giliran yang lama untuk mendapatkan bekalan minyak..

Persoalannya, siapakah dalang yang menyebarkan fitnah tersebut? Kalau difikir-fikir, mungkin 90% akan mengatakan, "Ini tentulah kerja pihak pembangkang...." Tapi kalau difikir fikir lagi, mungkin juga kerja orang kerajaan... sengaja untuk membuat kecoh, selepas itu akan diredakan kembali... siapa yang dapat nama? tentulah kerajaan... heheh, terror bukan? Tapi itu hanyalah andaian saya sahaja... tidak salah membuah andaian bukan?

So.. yang membuatkan saya sangat TERASA HATI ialah.... kebanyakan orang-orang Borneo ni, mudah sangat termakan hasutan... Kesian... Kadang-kadang, bila mereka mendapat berita dari KL, mereka anggap perkara itu SAH dan BENAR, sedangkan orang KL lah yang paling banyak MENIPU... sebab sesetengah dari orang Borneo ni menganggap orang-orang KL ni pandai2 belaka.. lagipun, kerajaan juga berpusat d KL @ Putrajaya jadi mereka menganggap banyak perkara adalah benar... sebak hati saya apabila teringatkan perkara ini... Apabila balik ke kampung tempoh hari, pelbagai persoalan diajukan kepada saya..mentang-mentanglah saya tinggal di KL... semuanya berputar kepada politik.. pening saya dibuatnya kerana saya juga bukanlah arif dalam bidang politik ini...

Apa pun, baguslah kerajaan berhati-hati sebab keadaan politik di Sabah buat masa ini nampaknya terlalu sukar untuk ditafsirkan disebaliknya... Sebab Sabah adalah "Lubang Lubuk" terbaik kerajaan... tapi dalam masa yang sama, Sabah boleh timbus balik lubang lubuk tersebut, semua orang tau akan hal ini...

P/S: Tenang bila kaki melangkah turun ke lapangan terbang KK... kepala berserabut bila kaki melangkah turun ke KLIA/LCCT...

Posted at 08:25 am by dillema

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry


dillema
1981  (Age 27)
Female
Malaysia
   

<< June 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here: