[i]
Apahal bubur ni lain macam saja rasa..
Bila ku tunduk memandang bubur MCD
Astaga...!!!!
Apa sudah jadi
Serbuk kopi dengan creamer yang aku bubuh
Air kopi pula aku bubuh dengan garam dan lada hitam
Alalalala...
Mahu tak mahu terpaksa masuk tong sampah
[ii]
Jemariku cepat menekat butang-butang nombor
Setelah selesai aku mula berfikir
Di mana pula gagangnya?
Bila tersedar
Tergelak aku dengan sendiri
Apa sudah jadi?
Aku menekan butan-butang kalkulator
Sedangkan aku ingin menelefon seseorang
[iii]
Mata terlalu berat
Mulut juga asyik menguap
Tengok jam dah jam 4.30a.m.
Bila mata ditutup
Wajah itu menjelma pula
Semakin dekat...
Akhirnya aku kembali membuka mata
Akibatnya...
Jam loceng berbunyi jam 7.18a.m.
Menari-nari di meja atas kepalaku
Pun aku tak sedar
Bila orang office call...
Terlompat aku dibuatnya
Tengok jam loceng...
Astaga... dah 9.30a.m.
P/S Bila hati gundah gulana, kompom hidup pun serba tak kena...
Posted at 11:50 am by
dillema