 |
Thursday, May 22, 2008
Shallom,
Walaupun sudah beberapa hari, seakan ayat "DURI DALAM DAGING" masih tengiang-ngiang dalam gegendang telinga saya. Walau pun saya bukan lah fanatik sangat dengan TUN MAHATHIR mahu pun PAK LAH, tapi kenyataan oleh TUN MUSA HITAM menuduh TUN MAHATHIR sebagai "Duri Dalam Daging" adalah sangat tidak BERAKAL.
Mungkin ramai yang tidak tahu tapi jangan lupa, ramai juga yang tahu siapa TUN MUSA HITAM sebenarnya.. jadi kenyataan itu seakan-akan membuka pekung di dadanya sendiri.... tapi bagus juga lah, sekurang-kurangnya bagi mereka yang tidak tahu, mereka akan kata..."Astaga.... teruknya..." atau pun mungkin ada juga yang mengucap... (ha, bawa lah mengucap panjang-panjang).. Kalau nak tahu sangat apakah pekung tersebut, tak payah lah gali jauh-jauh, cukuplah kalau anda lawati blog TUN M dan baca sendiri..
TUN MAHATHIR keluar UMNO, memanglah ramai yang suka, ramai juga yang tidak suka.. tapi apa pun, kita kena hormat juga pendirian beliau... adat manusia, selagi boleh bercakap, selagi itu tidak akan berhenti bercakap, samada memuji atau mengutuk..
Tambahan pula, bila TUN MAHATHIR buat pengumuman untuk keluar UMNO, dan media pula bertanya dengan tentang pendapat beliau mengenai keluarnya TUN M dalam UMNO, PAK LAH selamba je... (dalam hati, "ok le tu.." macam SAIDA AF kakak kepada SITI punya tagline...ok le tu sambil manja2).. kalau lah dia seorang KETUA yang bertanggungjawab, PAK LAH sepatutnya bagitau lah yang dia memang terkejut dengan pengumuman itu dan akan mencari masa untuk berjumpa seterusnya berbincang dengan TUN M kenapa itu harus terjadi....
Dan itu akan meredakan BERANG rakyat... sekurang kurangnya lah.... rakyat pun bukanlah bodoh, daripada statement seseorang pemimpin itu, rakyat dapat menilai samada dia adalah seorang pemimpin yang bertanggungjawab, atau pun sekurang kurangnya mengambil berat tentang anak2 buahnya... ini tidak...buat dunno saja.. cakap takpa saja....
Kita fahamlah, Pak Lah pun sudah diampu oleh kroni-kroni beliau.. mungkin dalam fikiran beliau tu, terlintas juga untuk bertemu dengan TUN M, tetapi disebabkan PAK LAH harus meminta buah fikiran dariapda para kroninya, maka dia pun suarakan lah... malangnya... kroni-kroni Pak Lah tu masing-masing TAKUT (jantung pun sudah berdegup kencang) sekiranya Pak Lah bertemu dengan Tun M... mana lah tahu, kalau-kalau nanti mereka bertemu, dan Pak Lah setuju untuk meletakkan jawatan sebagai PM... nah, para kroninya tu hendak ke mana kalau Pak Lah sudah meletakkan jawatan?
Jadi, itu hanya satu andaian tapi jangan bilang sekadar andaian semata mata, sebab ada benarnya juga tu... contohnya, KJ.. kalau pak mentuanya letak jawatan sebagai PM, banyaklah BENEFIT dia yang terpaksa dilepaskan... hmmm, bukan senang ooo dapatkan benefit2 tersebut...
Apa pun...
Berat mata memandang Berat lagi bahu memikul...
Saya, hanya seorang rakyat biasa yang ingin bersuara... memanglah saya tidak tahu bagaimana susahnya untuk menjadi seorang PEMIMPIN apatah lagi PERDANA MENTERI...
Akhir sekali, kepada para PEMIMPIN sekalian, sekarang pilihan raya sudah pun berlalu... dah berbulan pun...jadi sila lah jalankan TUGAS-TUGAS anda... jangan asyik memikirkan pasal politik saja... jangan asyik memikirkan kepentingan anda sendiri ("Habislah aku, macam mana nak dapat projek kalau.......") jangan cakap setakat di surat khabar atau media saja tapi hakikatnya, tidak juga turun padang... Pergi lah jalan-jalan cari makan, di serata negara ni terutama di kawasan perkampungan, masih banyak HABUAN kalian.... terlalu banyak, ada jalan raya, ada elektrik, ada air, ada sekolah, ada orang-orang miskin dan banyak lagi... ada petikan yang saya cipta sendiri...(Nak tiru Karam Singh TV3 pula dah)
Jangan takut memijak tanah Jangan takut terpijak cacing Kerana tiba masanya Kau akan dimakan tanah Kau akan dimakan cacing...
-Naks-
Posted at 04:30 pm by Dillema
Permalink
What is TENSION? Apakah itu TENSION?
Menurut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, perkataan TENSION membawa makna keadaan tegang atau sering.
According to Little Oxford English Dictionary, TENSION has a few meaning which is;
i) the state of being stretched tight ii) mental or emotional strain iii) a situation that is strained because of differing views or aims iv) voltage of specified magnitude: high tension
Sekiranya anda masuk ke MICROSOFT WORD dan type TENSION, kemudian Right Click pada perkataan tersebut, letakkan cursor pada Synonyms, maka anda akan dapat melihat perkataan-perkataan ini...
i) Worry ii) Nervousness iii) Anxiety iv) Stress v) Pressure vi) Apprehension vii) Relief (Antonym)
Interesting web related TENSION that you might found...
What Does TENSION Mean?
and many more..
So, whatever it is... I might under that above category, therefore I manage to get all these meaning ... hehehehehe...
Posted at 03:13 pm by Dillema
Permalink
Wednesday, May 21, 2008
Pagi tadi, sebelum berangkat ke mahkamah, tiba-tiba perut aku sakit pula... (nak ke bilik air lah) capai-punya capai mana-mana buku cerita (dah jadi habit membaca sambil 'melabur' di dalam bilik air), dapatlah aku capai sebuah buku lama, tak pasti samada bacaria ke atau jenama apa sebab kulit depannya sudah terkoyak....so, dipendekkan cerita, bila aku selak je halaman, ada satu tajuk yang menarik perhatianku. Kalau tak silap, tajuknya "TEKA TEKI ABU GHAZAL" (maaf lah ye kalau salah).. aku tak ingatlah kesemua petikan teka-tekinya tu tapi aku sempat menangkap secara ringkas teka-teki tersebut bersama jawapan-jawapannya...
1. Di dalam dunia ini, pakah yang paling dekat dalam diri kita? Mati
2. Apakah yang paling jauh dalam diri kita? Masa lalu
3. Apakah yang paling besar dalam dunia ini? Nafsu
4. Apakah yang paling berat dalam dunia ini? Amanah
5. Apakah yang paling ringan dalam dunia ini? Meninggalkan solat/sembahyang
6. Apakah yang paling tajam dalam dunia ini? Lidah
So, tak payah lah aku describe kan jawapan-jawapan tersebut ye.. rasanya kitorang semua faham makna jawapan tersebut...
Posted at 02:33 pm by Dillema
Permalink
Malaysian, normal lah.. tak cukup dengan menyindir, mula lah main ugut, gertak, lepas tu lama-lama main bunuh pula. Dosa belakang kira, sudah tua kerepot (itu pun kalau sempat lah) baru ingat ALLAH… sampai meleleh lah konon air matanya, entah air mata insaf ke, air mata Happy ke, atau sekadar air mata yang diperah keluar dari mata…
Karpal Singh BISING sikit, KOMEN sikit, mula lah semua orang MARAH… eeee, tak paham aku… kalau nak cakap Karpal Singh tipu, tak percaya lah aku…

Selanjutnya, baca statement di bawah yang dipetik dari THE SUN
Karpal receives a live cartridge Charles Ramendran
KUALA LUMPUR (May 20, 2008): A round of live cartridge and a note were sent to DAP chairman and Bukit Gelugor MP Karpal Singh today warning him of impending death if he continues to question the special rights and privileges of the Malays and the Malay Rulers.
Viewing the warning as a serious threat to his life, the lawyer lodged a police report in the Dang Wangi police headquarters at about 5pm today.
Speaking to reporters after making the report, Karpal, who was accompanied by his son and Puchong MP Gobind Singh, Ipoh Timur MP Lim Kit Siang and two other DAP MPs, said the typed note and cartridge came in an envelope hand-delivered by a man to his staff in his office on Jalan Pudu Lama at about 12.45pm.
He said the man, who wore a helmet with a visor covering his face hurriedly left the office and sped off on a motorcycle on handing over the envelope.
Karpal, who was at home at the time, said his staff opened the envelope and a bullet fell out. After reading the note, she immediatly called to inform him.
The note which he showed reporters read: "Don't you try to question the privilages of the Malays. Dont you try to question the powers of the Malay Rulers. If you do not stop, this bullet will be embedded on your forehead. Remember this Bengali! Do not forget! This is your first warning!!!!.
Asked if the incident was politically motivated, Karpal replied, "I do not know but it appears to be so from the note."
He said his comments on the jurisdiction of the Sultan of Perak on the reinstatement of a state staff member has seen a two way debate and has even seen 22 police reports lodged against him. He added that the issue should not get out of hand such as this.
It was not the first time Karpal had received such a threat. In 1981, a M-16 assault rifle cartridge was hurled into his Penang house as a threat.
"I have received many kinds of threats in the past and did not think much of it but this one with a live cartridge needs to be viewed seriously.
He added that he is considering installing a CCTV in his office as part of beefing up security in the place. |
|
Posted at 02:25 pm by Dillema
Permalink
Tuesday, May 20, 2008
|
Akhirnya, Tun NEKAD keluar daripada UMNO... kita ikuti 'the story about pengumuman beliau.....'
Oleh Azmi Md Deros (Berita Harian)
 KEJUTAN: Dr Mahathir menjelaskan keputusannya meletak jawatan sebagai ahli Umno sambil diperhati Khalid selepas menyampaikan ceramah Nasib Kedudukan Bangsa Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah di Alor Star, semalam.
|
Bekas PM sertai semula parti jika Abdullah letak jawatan
ALOR STAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga ahli Umno seumur hidup, semalam mengumumkan keluar daripada parti itu, berkuat kuasa serta-merta.
Dr Mahathir menegaskan, tindakan itu diambil kerana beliau hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Umno sekarang, terutama Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang didakwanya gagal memperjuangkan nasib bangsa Melayu.
"Saya dengan ini mengumumkan keluar parti hari ini sehingga Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah meletakkan jawatan.
"Saya juga meminta ahli Umno yang sayangkan parti, mengambil tindakan yang berani ini untuk keluar parti dan kita menyertai semula Umno apabila Datuk Seri Abdullah melepaskan jawatan," katanya di hadapan lebih 1,500 hadirin, kebanyakannya ahli Umno Kedah pada majlis dialog 'Nasib Kedudukan Bangsa Melayu' di sebuah hotel di sini semalam.
Dr Mahathir membuat pengumuman itu sebagai menyahut cabaran seorang hadirin pada majlis berkenaan yang meminta beliau terlebih dulu mengumumkan keluar parti. Sebelum itu, dalam ucapan kira-kira sejam, beliau mencadangkan ahli Umno supaya keluar parti secara sementara bagi memaksa Abdullah meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan.
Bagaimanapun, Ismail Jaziz yang mewakili sebuah badan bukan kerajaan memperjuangkan hak orang Melayu, mencabar Dr Mahathir mengetuai usaha berkenaan supaya boleh dicontohi ramai lagi ahli Umno. Berikutan itu, Dr Mahathir mengumumkan keluar parti dan disambut tepukan gemuruh hadirin.
Majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah (DPMK) itu turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Jerlun, Datuk Abdul Rahman Ariffin; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Datuk Syed Sobri Syed Hashim; Adun Sungai Tiang, Suraya Yaacob; bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dan Pengerusi DPMK, Tan Sri Khalid Abdullah.
Pada sidang media selepas itu, Dr Mahathir berkata, beliau akan menulis surat kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor untuk memaklumkan secara rasmi keputusannya itu.
Ditanya adakah beliau yakin ramai ahli Umno akan menyertainya, Dr Mahathir berkata, terpulang kepada mereka sama ada mahu terus mengutamakan Abdullah atau perjuangan parti.
Menjawab soalan sama ada beliau akan menyertai parti lain, bekas Perdana Menteri itu berkata, ahli Umno yang keluar parti jangan menyertai mana-mana parti.
Beliau berkata, sebagai ahli Umno yang sayangkan parti sudah tiba masanya mereka mengambil tindakan berani demi masa depan orang Melayu kerana tindakan sementara itu tidak akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa politik.
"Politik Melayu tak hilang. Kalau orang Melayu nak betulkan, bukan sebab kerana nak keluar saja. Kalau orang Melayu berani untuk memelihara parti dan perjuangan orang Melayu, mereka harus berani bertindak.
"Ini sampai kita nak adakan perjumpaan, ahli Umno tak boleh hadir, Ketua Bahagian tak boleh hadir... ini apa?" katanya.
Secara berkias, Dr Mahathir berkata, mengikut amalan kedoktoran jika sesuatu anggota pada tubuh manusia tidak boleh lagi digunakan kerana penyakit serius, ia perlu dibuang supaya tidak merebak dan mengancam nyawa individu berkenaan.
Ditanya adakah Adun dan Ahli Parlimen Umno juga perlu keluar parti, Dr Mahathir berkata, mereka wajar berbuat demikian jika benar-benar sayang kepada Umno.
Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, Dr Mahathir mendakwa Umno kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden Umno dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara.
"Saya boleh senaraikan perkara-perkara yang dia (Abdullah) lakukan sehingga merugikan negara kita.
"Umno yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lepas. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk keluar dari Umno," katanya.
Dr Mahathir bagaimanapun menafikan tindakannya itu mempunyai kaitan dengan arahan terbaru Kabinet supaya Peguam Negara memulakan siasatan serta merta berhubung segala tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video peguam Datuk V K Lingam.
"Ini soal mahkamah... dia boleh tuduh dan kalau saya salah masuk jail. Kalau tak salah, janganlah tangkap saya juga," katanya sambil ketawa.
Beliau berkata, ahli Umno perlu memberi mesej yang keras dan jelas kepada kepimpinan parti supaya mereka mendengar kehendak ahli dan bukan hanya mendengar nasihat serta menuruti arahan sekelompok manusia yang lebih berkuasa, termasuk anak dan menantu Abdullah.
Dr Mahathir juga mendakwa Abdullah tidak sesuai menjadi pemimpin kerana terlalu lembut dan lembik apabila terlalu mudah tunduk kepada Singapura, Amerika Syarikat, Barisan Pejuang Hak-hak Hindu (Hindraf) dan Majlis Peguam.
Katanya, Abdullah tidak mahu menerima hakikat bahawa parti yang dipimpinnya, termasuk komponen Barisan Nasional (BN) kini di ambang kehancuran apabila tewas di lima negeri, termasuk Wilayah Persekutuan serta gagal merampas semula Kelantan.
"Beliaulah yang menghancurkan parti komponen BN iaitu MCA, MIC, Gerakan dan PPP apabila parti berkenaan kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu. Hasilnya masyarakat Cina dan India yang sebelum ini amat menaruh kepercayaan kepada BN kini tidak percaya lagi kepada BN," katanya.
Dr Mahathir berkata, rakyat Kedah juga wajar berbuat sesuatu kerana dilayan secara tidak adil apabila mereka tiada wakil dalam Kabinet sedangkan di sesetengah negeri jumlahnya terlalu ramai.
"Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan walaupun kalah ada wakil dalam Kabinet tetapi mengapa Kedah tiada seorang pun dilantik sebagai menteri penuh," katanya.
Pada akhir majlis itu, Dr Mahathir turut melahirkan kekecewaannya terhadap pemimpin Umno sekarang kerana bukan saja tidak mempertahankannya, sebaliknya turut mengkritiknya.
"Kalau dulu orang kata kononnya saya berkhidmat kepada negara, cium tangan naik asap tapi bila saya kritik Datuk Seri Abdullah pasai tak buat jambatan, orang maki saya. Tiada siapa dalam Umno mempertahankan saya," katanya.
Dr Mahathir, 83, melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003 selepas 22 tahun memimpin kerajaan dan memilih Abdullah sebagai penggantinya. Beliau bagaimanapun lantang mengkritik Abdullah yang dianggap gagal meneruskan dasar pemerintahannya.
Sejarah Dr Mahathir dalam Umno menyaksikan beliau pernah dipecat daripada parti itu pada 1969 kerana melanggar disiplin parti apabila mengkritik kepimpinan Umno ketika itu, tetapi diterima kembali ke dalam parti pada 1972.
Sementara itu, Dr Mahathir turut mengesahkan keluar parti dalam blognya, www.chedet.com pada jam 10.11 malam tadi. Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau keluar dari Umno berkuat kuasa serta-merta bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang bernombor keahlian '2'.
Beliau turut menegaskan bahawa "saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan."
Laporan Dr Mahathir keluar Umno turut disiarkan kebanyakan blog lain, sama ada penyokong atau penentang beliau bersama komen pembaca.
Bagaimanapun, sehingga lewat malam tadi tiada laporan terkini mengenai ahli atau pemimpin Umno lain mengikut jejak bekas Presiden parti berkenaan. |
Posted at 02:11 pm by Dillema
Permalink
Born In Ipoh on the 14 December 1982 and grew up in her hometown, Tawau Sabah until she finish her SPM.
She started her modelling career at the age of 17. She travelled from her hometown Tawau, Sabah to the capital city, Kuala Lumpur, to try to fulfill her childhood dreams of one day becoming an international model.
Finally her big break came in February 2004, when she was selected by GUESS to be one of their 15 finalists for the GUESS Watches Timeless Beauty contest which was held in Switzerland. She was one of 4 Asian contestants, and the only representative from Malaysia. She was tipped as the hot favourite for the title!
Here's our TAWAU BABE... The One And Only AMBER CHIA...

She has been involved in different kinds of modelling jobs and has left her mark in many TV commercials, magazines, fashion shows and catwalk events. I'm sure all Tawau-ans will proud of her...and we too, as Sabahan, proud of u Amber..
Want more Amber... Check This Out!
Posted at 12:33 pm by Dillema
Permalink
Monday, May 19, 2008
Mantad titiga'an do kayu diti Osomok do monikid tadau Lumiga oku do mintong dika Opurimanan ku do mi'iyo kito Iso tangon id iso susuyan Miampai togis om watu nu
Dari jendelan kayu ini Hampir setiap hari Aku menjengah untuk menatapmu Terasa kita berkongsi rasa Satu cerita satu rentetan Bersama pasir dan bebatumu
Mantad do sulap diti Potuludonku ti langadku Mongoi surupu kanatahon dino waignu Pawaladonku ti katangabanku Id timpak dino watu nu
Dari pondok usang ini Kukirimkan rindu Untuk menemani kejernihan airmu Kubentangkan kegusaran hati Di atas bebatumu
Id timpu toruhai diti Opurimananku mi'iyo kito Iso susuyan id iso tangon Kasasari koulian ku Korikot oku id dika Papabug diti hakodku Miampai mongowit do iso susuyan Namot magandad tadau tumonob Sodop om totuong diti Anaru kopio Au kandad do sumolowot dika do tadau suab
Dalam tempoh sekejab ini Terasa kita berkongsi rasa Satu cerita satu rentetan Setiap kali kepulanganku Pastinya ku menjengukmu Merendamkan kakiku ke airmu Membawa satu cerita Sambil menanti senja berlabuh Petang dan malam ini Terlalu panjang Seperti tak dapat menunggu hari esok
Di minsosodop Tongkiyadan ku wagu ika Mulong aralom langadku kumaa dika Om susuyan diti Au po nopupusan Tu ih karati aiso suai nga ika om yoho
Tatkala senja berlabuh Kutinggalkan lagi dirimu Walau begitu dalam rindu ini Dan cerita ini Belum lagi berakhir Kerana yang faham hanyalah aku dan kau
Konihab minongoi oku id tidong Nokitoku ie tulun mabpanau Miapai do wakid om basung diolo Kosumandakan miangkawot di tadi disio Hilo id tolikud di odu Ie maso po'd agaras tumakad dilo nulu Okito hilo' d disan do tidong Tapa dau mirak-irak osonong ginawo Mongomot parai wagu do tidong Miampai di tama om sawo disio Id turos diolo okito kasanangan Om okito kotulidan
Kelmarin ku meninjau padi huma Ku melihat orang berduyun duyun Perempuan muda memimpin adik kecil mereka Berjalan mengekori nenek mereka Yang masih gagah mendaki bukit itu Dari tepi padi huma Bapanya tertawa gembira Menuai padi baru padi huma Di wajahnya nampak kegembiraan Jelas kelihatan keihklasan
Ogumu kopio tangon dilo nuluhon It mangan tokou pisingilai It mangan tokou imbulayai Om id piduwa'an do ralan diti Id disan do tidong diti Minudiyo oku Isai oku?
Terlalu banyak cerita di sebalik bukit itu Yang harus kita ketahui Yang harus kita kupas Dan di persimpangan jalan ini Di tepian padi huma Aku bertanya sendiri Siapa aku?
Posted at 08:43 am by Dillema
Permalink
Friday, May 16, 2008
Dari rumah ke kedai kopi, sampai restoran, ke hotel, di pasar, dalam kapal terbang, dalam feri...di mana2 lah... semua pun cakap pasal harga beras melambung... semua komen itu ini... sia diam saja tapi bila sia disuruh p beli beras tempoh hari, mata sia terbeliak juga sebab harga dia RM140 (50kg). Biasanya kami beli dengan harga RM95, inda tau lah kalau sia silap... terfikir juga, mengapa mensabotaj rakyat sampai macam ni teruk... geleng kepala ja lah... mo komen lebih2 pun bukan sia buli kasi turun harga beras... kalau sini Semenanjung harga sudah melambung, apatah lagi lah kalau di Sabah... nabib baik diurang mama tanam padi.. sekurang-kurangnya inda payah beli beras di kadai...
So, kepada yang ada lebihan saiz badan tu, ambil lah alasan ini untuk membuang lebihan2 berkenaan..heheheh, jangan marah..nanti tokeh jual karang...
Hari ni dalam Metro, ada katun yang betul2 mencuit hati... disebabkan sia telampau free (almaklumlah hari jumaat adalah hari yang paling rileks) maka dengan rajinnya sia scan kan dan paste kan di sini untuk tatapan korang heheh

P/s Katun yang ada makna disebalik heheheh
Posted at 11:04 am by Dillema
Permalink
Anniversary bilik saya dipecah masuk oleh pencuri SIAL!!!
I will always remember the date of 16th every month. It's the anniversary for my room, which had been broken last month by by the pencuri SIAL (takkan saya sendiri memecah masuk kan..) yeah, same date… 16th. Can you imagine when someone broken inside your room?
It was Wednesday, about 8.30p.m. and I was in Shah Alam when my housemate called. She said someone has broken inside our house. According to her, her windows sliding had been cut, but her room looks find. But then she told me that from the kitchen, they saw a hole in my ceiling. When she said so, seems that I can imagine what has happen to my room. Sure, it'll be in a mess.. In the same time, I tried to calm myself, try not to think more, but I can sense that my rooms were really in a mess.
When I reach home by 10.30 p.m., I asked my friend to wait outside while I'm went in and checked my room… guess what… it was really in a mess. I feel like want to cry, but I pretend that I'm okay. I call my 2 housemates and also my friend to see my room. I was panicked in the beginning but my friend calms me. Well, things already happen. So, I lost my Sony Handycam, 2 camera (Nikon & BenQ) and cash RM500.00. I should not keep the cash in the house (Actually I forgot to bring it, it supposed to send out to my brother). Gosh…
My friend accompanies me to make a police report and by 12.30 midnight, the police came to take the photograph, then only I clean up my room.
I didn't sleep well that night because I was interrupt by the hole in my ceiling besides I just feel sad when I think about my Handycam. I bought it with three thousand ++ in 2004 with my own money which is I save just to buy that Handycam .
We assume that the thief came from the roof, and broke the ceiling. He was so lucky because he was 'ngam-ngam' be in my room. We can see the footprint and fingerprint in my wall, and in the ceiling too.
So, my advise, don not ever keep any cash in the house… sometimes they just looking for some cash and small things like cameras and notebook (luckily I always bring my notebook to office)
(I should take a pictures of my broken room, so that I can paste it here but I really forgot to do so… )
p/s. ngam-ngam = just right
Posted at 09:23 am by Dillema
Permalink
Thursday, May 15, 2008
Sia yang sedang keboringan tahap Ironman tiba2 termasuk di dalam satu blog, bila sia baca2, sia suka pula dengan tulisan dia ni Di Sini. Yang paling sia suka bila dia bincangkan pasal perkataan "BAH"
Bila komen pasal ayat yang diucapkan oleh Che'Nelle (Apa khabar bah), sia pun betul2 setuju dengan beliau. Seperti yang A Little From The East cakap, mungkin Che'Nelle ingin memberitahu audience yang dia memang orang Sabah dengan adanya perkataan "bah" di hujung. Tapi malangnya bagi sia, penggunaan ayat tu tidak betul... tapi bila fikir2 balik, kalau seseorang itu insist mo tanya apa khabar, then mungkin buli masuk buku juga lah kali..ehhehe
Apa pun, ini ada salingan kijap...
"Hello, good afternoon XXX.." "Good afternoon... yes, anything?" "Apa khabar bah?" "Sia ok... awak sihat?" "Sihat bah... bila kamu mau datang kemari bah?" "Tak tau lagi lah, belum ada masa free... apahal?" "Enggak ada bah... cuma kangen sama kamu bah..."
That's it! I can't handle it anymore...
"Hello, aku bukan Indon lah....lagi satu, jangan cuba cakap bahasa kami kalau memang tak tau.. you know what, sia rasa macam mo cekik2 ko sekarang ni.. "Oppsss... I'm sorry bah..."
Well, kadang2 bikin panas betul bah kalau bahasa dipersendakan.... I just can't handle it sometimes...
So, kepada non-Sabahan yang terbaca blog ni, (yang suka mempersendakan bahasa Sabahan) sendiri mau tau lah...takkan tak pandai fikir....
Posted at 11:45 am by Dillema
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|